Werwolf (MK Wehrmacht)
Werwolf (MK Wehrmacht)

Werwolf (MK Wehrmacht)

Führerhauptquartier Werwolf merupakan nama khas yang digunakan oleh markas tentera Barisan Timur Adolf Hitler dalam Perang Dunia II, terletak di hutan pine kira-kira 12 km (7.5 bt) dari utara Vinnitsa (sekarang Vinnytsia) di Ukraine yang telah digunakan antara tahun 1942 dan 1943. Ia merupakan salah sebuah Markas Führer yang bertempat diserata Eropah, dan yang paling jauh yang pernah digunakan oleh Hitler sendiri.Nama ini telah diambil dari perkataan Werwolf, iaitu bahasa Jerman untuk werewolf. Skim penamaan adalah bersesuaian dengan nama khas lain yang diberikan kepada Führerhauptquartiere semasa Perang Dunia Kedua, seperti Wolfsschanze. Ada beberapa markas dinamakan sempena Hitler sendiri, yang nama samaran adalah Wolf, iaitu satu nama Jerman lama untuk Adolf.

Werwolf (MK Wehrmacht)

Pemilik Reich Ketiga
Musnah pada Mac 1944
Sistem penstrukturan Konkrit tetulang besi keluli
Koordinat 49°18′30″N 28°29′36″E / 49.30833°N 28.49333°E / 49.30833; 28.49333Koordinat: 49°18′30″N 28°29′36″E / 49.30833°N 28.49333°E / 49.30833; 28.49333
Disiapkan pada Jun 1942
Bandar atau pekan Hutan Wervolf
Vinnytsia, Ukraine
Pembinaan bermula 1 November 1941
Firma arkitek Organisasi Todt
Kenaikan 243 m (797 ka)
Jenis Bunker konkrit tahan letupan